25 April Di Pesta Buku...



Assalamualaikum....
Berpeluang bersama-sama penulis-penulis Alaf 21 seperti Anis Ayuni, Damya Hanna, Fatin Nabila, Ramlee Awang Mursyid dan ramai lagi untuk menemui peminat-peminat novel semua.

Salam Manis...


Assalamualaikum, salam seharum kasturi untuk semua...
Gambar ini diambil 3 hari sebelum sy ke pesta buku... Ok x???

Novel terbaru Saya...


Ini novel terbaru saya....

‘SYAIR CINTA’ mengutarakan persoalan cinta yang dihadapi oleh beberapa individu dalam situasi berbeza. Kesan sejarah silam, cinta Ungku Putra Isfan dan Dayang Sabrina terlerai. Cinta Ungku Putra Ismadi turut kecundang, tidak kesampaian. Semuanya kerana Ungku Saerah, yang menjadi prejudis terhadap setiap wanita yang cuba dibawa masuk ke dalam keluarga mereka.

Anehnya dalam suatu masa yang sama, Ungku Putri Qamelia mulai diburu oleh cinta seorang pemuda bernama Mikhail Mursyid. Manakala gadis yang bernama Salyna mula mencuri tempat di hati Ungku Ismadi.

Bayangan Dayang Sabrina juga muncul mengganggu mimpi Ungku Isfan. Semuanya itu kelihatan seperti terancang. Namun, tiada siapa terduga bahawa ada misteri dan rahsia di sebalik setiap kejutan dan segala ketentuan...

Paparan mesej di dalam novel ini mengutarakan kesucian cinta yang cuba melepasi segala rintangan. Cinta yang tulus memang sedia wujud, segar mekar, tidak pernah layu di jiwa setiap insan. Dalam himpitan pahitnya kenangan dan kejamnya keadaan, masing-ma sing berjuang dalam menggapai desakan cinta meskipun de ngan hati terluka. Namun, berjayakah mereka men capai bahagia? Adakah itu nilaian terbaik buat diri sendiri dan orang-orang tersayang? ‘Syair Cinta’, saya hidangkan khas buat semua pembaca untuk menying kap sebuah persoalan...

Selamat menerokai wajah topeng cinta di hati Mikhail Mursyid dan Salyna Sobri!

Novel Pertama Saya...

Assalamualaikum....
Novel pertama bersama Alaf 21 bertajuk 'KuUtus Rindu'.. Memaparkan wanita misteri bernama Karissa Lisa. Rajuk dihati kerana kekecewaan cinta pertama mengheretnya ke kancah yang jauh menyimpang dari nilai ketimuran. Dia mengatur strategi untuk merebut kembali segala yang pernah dirampas dari hidupnya bertahun-tahun dahulu. Kehadirannya yang dibayangi misteri telah meresahkan insan yang tersenarai hitam sebagai mangsa dan sasaran.

Selamat menerokai misteri 'Kuutus Rindu'..
Assalamualaikum....
Gambar ini di ambil ketika saya dan keluarga bercuti di Cameron Highlands.

Selamat Datang Ke Blog Intan Arnida...

Intan Arnida, anak kelahiran Muar,Johor. Bekas seorang guru yang pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah rendah dan menenga (kerajaan dan swasta). Karya-karya terdahulu pernah disiarkan di akhbar dan majalah berbentuk sajak dan cerpen. Pernah juga menulis skrip drama bersiri terbitan radio RTM JB dan skrip drama TV (RTM).

Mula kembali ke dunia penulisan novel pada awal 2007. Beliau datang dari sebuah keluarga penulis terkenal iaitu Dr. H.M. Tuah Iskandar dan Iskandar Dzul Karnain H.M. Intan Arnida adalah satu-satunya adik perempuan keluarga H.M yang terlibat dalm dunia penulisan.

Novel pertama bersama Alaf 21 bertajuk 'Kuutus Rindu'..