Novel Pertama Saya...

Assalamualaikum....
Novel pertama bersama Alaf 21 bertajuk 'KuUtus Rindu'.. Memaparkan wanita misteri bernama Karissa Lisa. Rajuk dihati kerana kekecewaan cinta pertama mengheretnya ke kancah yang jauh menyimpang dari nilai ketimuran. Dia mengatur strategi untuk merebut kembali segala yang pernah dirampas dari hidupnya bertahun-tahun dahulu. Kehadirannya yang dibayangi misteri telah meresahkan insan yang tersenarai hitam sebagai mangsa dan sasaran.

Selamat menerokai misteri 'Kuutus Rindu'..

2 comments:

xxray said...

Kak Intan, saya betul-betul berharap kak intan dapat menerbitkan novel kuutus rindu edisi ke2 pulak. Saya betul-betul seronok la baca novel ini... tapi tak best lah sebab sikit aje ceritanya.... buatlah panjang lagi dalam edisi ke2. Sebenarnya saya rasa tak ada masalah nak buat novel kuutus rindu yang ke-2 sebab isi-nya masih lagi boleh disambung daripada novel yang pertama dulu. Katalah Tohid nak balas dendam setelah dimasukkan penjara ke.... atau apa saja... Saya berharap Kak Intan dapat membalas komen saya di afadli99@yahoo.com

Intan Arnida said...

sori xxray, terlepas pandang pula komen adik ni. terima kasih atas saranan adik. Kak Intan akan cuba penuhi. hapy tul kenal dengan adik. cuba adik baca Syair Cinta.lepas tu komen lagi ye. Yang terbaru nvel Kak Intan - Puncak Kasih Kita. Apa kata adik tentang nvel ni? tq adik!